hari ini ramai yang duk kalut dengan result kan.
ahha,begitu jua saye.
tapi ape pn keputusannya saya redha & bersyukur.
kerana ini semua pemberian Allah.
banyak ke sikit usaha,sampai ta cukup tido.
bertungkus lumus hafal sampai makan ta sempat
hadap buku je..
tapi kalau Allah tu na bg sikit,sikit jugak kite dapat.
tapi kalau Allah na bg banyak,usaha sikit toet pn da dpt.
dapat sikit kite mengeluh.
dapat banyak kite lupe.
ta pernah na bersyukur dengan ape yang Allah tu bg.
time dapat banyak gembira ta terkata,
lupe kawan yang dapat kurang sampai ta berkata2
bangga of coz la kan.
perasan tak bile kite berjaya kite lupe orang bawah.
perasan tak bile kite lebih kite lupe perasaan orang len.
betul kite gembira tapi dalam kite berucap ttg kegembiraan ade yang hilang kata2.
pernah terdengar satu katakata
"manusia tak pernah cukup dengan yang ade.tak pernah hargai ape yang dikecapi.bila sume hilang baru tersedar & menyesali."benar,sume mahu jadi yang terbaik.
tapi tanpa orang yang kurang baik
tidak akan wujud insan yang terbaik.
tanpa orang bawahan tidak wujud insan VIP
tanpa orang lemah tidak wujud orang yang pandai
tanpa orang miskin tiada istilah orang kaya
keadaan ini mengingatkan kepada katakata seorang rakan persekolahan
satu ketika dahulu
"kita naik kerana kawan,kita jatuh juga kerana kawan"-Amir Asyraf -
kegembiraan kita mungkin adalah berdasarkan kejatuhan orang lain.
kita takkan berjaya jika tiada yang gagal.
tepuk dada tanya diri
dengan orang yang bawah daripada kita,kita mampu kecapi apa yang kita kecapi hari ini
tanpa orang kemahiran,orang berfalsafah juga ta mampu berjaya
tanpa orang pertukangan,orang berada juga hanya duduk di lantai
tanpa tukang kirakira,orang bahasa juga tidak berjaya
tanpa tukang kasut pelari juga bisa gagal
tanpa orang bawahan kita takkan hidup sesenang ini.
mereka yang melengkapkan keperluan kita dari seurat benang
hinggalah sebuah rumah.
jadi bersyukurlah dengan apa yang diperoleh,
jangan terlalu mudah mengeluh,
jangan mudah melatah.
Allah itu maha adil.
Die menjadikan kegagalan bersama kejayaan
kesusahan bersama kesenangan.
seperti juga jodoh.
sicantik bertemu kurang cantik.
agar semuanya seimbang.
ambillah kekuatan daripada kegagalan yang dihadapi
jadikan ia sebagai titi untuk melihat perubahan yang kamu lakukan sedikit demi sedikit.
barulah kamu merasa betapa indah perjalanan menuju kejayaan.
kejayaan yang diperoleh dengan mudah kemungkinan besar dianggap remeh & melalaikan seterusnya lupa diri.
semangat yang kamu ada untuk berjaya itu lebih berharga.
kejayaan bukan sahaja dinilai daripada keputusannya tetapi
daripada perubahan yang kamu lakukan
biar sedikit tetapi memberi erti yang besar dalam seluruh kehidupan.
akhir kata,mari samasama menuju kejayaan samaada duniawi mahupun yang hakiki.
No comments:
Post a Comment