hee..pink kan sinonim dgn ladies..& ia mmg faveret mira..suke2 sgt2...kalau bole na sume warna pink..mostly brg mira pn warna pink..hahah..mst korg tga gelak an..x bek2.. ^_^
actually ade byk warna yg mira suke ...pink,hijau pucuk pisang,oren cair,kelabu,biru laut,brown..tapi tempat pertama mst warne pink menang..num 2,warne brown n hijau...
kalau tyme secondary school,kwn ckp...peminat warna pink nie obsess...haa??mksdnya..sume die na warna pink..asal pink mst beli...(yet it is true..mmg pn...kdg2 x pntg pn..tapi sbb pink in colour..g je beli) n then,xd belajar igc..madam ckp..wrna pink nie menunjukkan keghairahan..ye ker??terkejut giler tyme dga..ps2 terus g search betul ke x..
berikut adalah keputusan nya..na tao wrne pink je ke na tao warna len skali???xpe2..mira bg pakej...kite tgk warna yg sering digemari yerk..
Pink
Lambang kasih sayang (unconditional love), kelembutan, sensitiviti, kewanitaan, kemanjaan
•Sifat negatif –keanak-anakan, kurang matang, penghargaan-kendiri rendah, mudah berubah-ubah.
•Terlalu banyak pink boleh merendahkan semangat, lemah, lesu, rapuh.
•Sering memerlukan rasa disayangi, perlindungan, perlu layanan istimewa, lebih suka kepada kehidupan dalam keadaan selamat dan tiada ancaman.
•Dicadangkan tidak memakai/menggunakan warna ini dalam situasi yang agak rapuh, tidak selamat, rasa terasing
Putih
Melambangkan kesempurnaan, ketulenan, kesucian,
kesegaran, kekuatan spiritual, keikhlasan, dan warna yang menyejukkan.
•Personaliti putih biasanya berpegang teguh kepada hal dan kepercayaan pada diri sendiri tetapi agak enggan membincangkan dengan orang lain.
•Mengutamakan apa yang penting kepada diri sendiri
•Individu yang memilih warna ini biasanya suka membuat pemerhatian terhadap orang lain dan kadang-kala cuba masuk dalam kelompok atau persekitaran tersebut tetapi melihat diri sendiri sebagai yang istimewa.
•Kadang-kala mereka berpura-pura menjadi pendiam dan pemalu untuk menunggu mereka diberi perhatian agar mereka boleh menyuarakan pendapat dengan lantang.
•Mereka memerhati orang lain dengan kritikal tanpa membuat mereka yang diperhatikan merasa dinilai
Hitam
Melambangkan kesugulan, kemurungan, kekeliruan, ketakutan, misteri, ‘negativity’ atau penyingkiran ‘negativity’.
•Personaliti ini boleh menjadi ahli statistik yang baik kerana mahukan kerja dibuat mengikut ketetapan dan selalunya tekun membuat sesuatu tugasan sehingga siap, dan mengutamakan kesempurnaan.
•Sifat –lebih suka menyimpan sesuatu perkara pada diri sendiri, tidak mahu diusik, meletakkan sempadan di antara dirinya dengan orang lain, menyimpan tenaga dalaman untuk membolehkan mereka mempertahankan emosi, tidak mahu orang lain mengambil kesempatan ke atas diri sendiri, agak ‘moody’
•Boleh membuat kerja dengan lebih baik dalam keadaan tertekan / tidak menggembirakan
•Pada kebanyakan orang, warna ini membuatkan mereka rasa selesa kerana dapat menyembunyikan diri daripada dunia luar
Coklat
Warna tanah yang diikaitkan dengan kestabilan dan konservatif
•Personaliti cokelat mempunyai stamina yang tinggi, sabar, tetap pendirian, sangat berhati-hati, cerewet, boleh diharap, bertanggungjawab, tidak terburu-buru, gigih
•Mereka kurang fleksible dalam sesuatu keputusan dan degil
•Dicadangkan memakai warna cokelat apabila bersedia untuk bekerja keras atau tugas besar, ingin merasakan bahawa perjalanan hidup anda stabil atau lancar.
•Tidak dicadangkan memekai cokelat jika tidak berminat untuk bekerja kuat dan sebaliknya bermain-main.
Kelabu
Dikaitkan dengan sifat yang berhati-hati dan sifat bertolak-ansur, kedamaian, kemahiran kawalan diri.
•Kadang-kadang agak kurang mahir untuk membuat keputusan dan bukan dari kalangan ‘happy-go-lucky’.
•Personaliti kelabu rajin bekerja tanpa mengharapkan balasan yang sewajarnya,mempunyai kebolehan yang baik dalam bidang perniagaan tetapi sering kerja berlebihan, dan dedikasi terhadap sesuatu komitmen
•Terlalu banyak kelabu akan menyebabkan rasa terasing dan kesunyian
Purple
Warna yang dikaitkan dengan kuasa, darjat, penghormatan,
kehebatan, penghargaan kendiri dan aspirasi kerohanian.
•Personaliti ungu sering berusaha untuk meningkatkan aspek kerohanian, emosi dan fikiran, rajin membaca, sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu terutama tentang riwayat hidup orang lain.
•Mempunyai keinginan untuk menjadi individu yang unik dan lain daripada orang lain dan kerana terlalu inginkan kesempurnaan, mereka terdedah kepada kritik diri, terlalu mencari ketenangan dalaman dan kadang-kadang menjadi sangat fanatik, agak panas baran.
•Mereka baik sebagai rakan, tidak meminta balasan, kurang minat untuk meminta bantuan orang lain kerana menganggapnya tidak begitu penting dan orang lain mungkin tidak dapat membantu dengan baik.
•Sikap ini boleh menjadikan mereka kental (hard-done-by attitude) –individu yang mempunyai fungsi yang lebih tinggi tidak suka kepada mereka yang fungsinya kurang/rendah dan mempunyai keinginan untuk mempunyai kedudukan dan kuasa.
kehebatan, penghargaan kendiri dan aspirasi kerohanian.
•Personaliti ungu sering berusaha untuk meningkatkan aspek kerohanian, emosi dan fikiran, rajin membaca, sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu terutama tentang riwayat hidup orang lain.
•Mempunyai keinginan untuk menjadi individu yang unik dan lain daripada orang lain dan kerana terlalu inginkan kesempurnaan, mereka terdedah kepada kritik diri, terlalu mencari ketenangan dalaman dan kadang-kadang menjadi sangat fanatik, agak panas baran.
•Mereka baik sebagai rakan, tidak meminta balasan, kurang minat untuk meminta bantuan orang lain kerana menganggapnya tidak begitu penting dan orang lain mungkin tidak dapat membantu dengan baik.
•Sikap ini boleh menjadikan mereka kental (hard-done-by attitude) –individu yang mempunyai fungsi yang lebih tinggi tidak suka kepada mereka yang fungsinya kurang/rendah dan mempunyai keinginan untuk mempunyai kedudukan dan kuasa.
Biru
Sering dikaitkan dengan individu pemikir, penyabar, tenang, romantik, teratur, praktikal, berstruktur, kesungguhan terhadap tugas yang diberi, (very task oriented), terlalu berhati-hati dan menunjukkan keyakinan dalam komunikasi.
•Individu ini kadang-kadang boleh menjadi konservatif, kurang mempercayai orang lain, terlalu kritikal terhadap diri sendiri dan juga orang lain.
•Boleh menggunakan warna biru sekiranya anda ingin mewujudkan suasana yang tenang, menghadiri mesyuarat penting di mana anda perlu mengeluarkan pendapat bagi pihak organisasi
•Penggemar biru adalah ‘caringindividuals’ dan mempunyai personaliti yang mantap, motivasi tinggi, ‘lives not by who they are but by what they do’, pemimpin yang baik, ‘friendly’
•Suasana biru boleh membantu konsentrasi fikiran tetapi terlalu banyak biru boleh menyebabkan individu merasa kesunyian, terpinggir, sugul.
•Dikatakan baik untuk kanak-kanak hiper-aktif
Hijau
Warna alam,sering dikaitkan dengan kesegaran,harmoni,kestabilan,ketenangan,bijak mengawal perasaan,keamanan,kekayaan,kesuburan,penyembuhan,kebolehan untuk bekerjasama.
•Individu yang berpersonaliti hijau dikatakan gemar membantu,menyembuhkan dan seolah-olah menjadi ibu kepada golongan yang memerlukan bantuan.
•Mereka adalah pendengar yang baik,suka membuat pemerhatian dan amanah kerana lebih suka menyimpan apa yang mereka sering fikirkan.
•Lebih sesuai menceburi bidang kerja sosial,perubatan,kaunselor,psikologis,psikiatris dan bidang sumber manusia kerana berupaya mengambil kira sesuatu dari pelbagai aspek dan menghormati semua lapisan status pekerjaan.
•Dilahirkan sebagai pendamai,suka menerima tetamu dan menyebabkan orang lain merasa selesa bersamanya.
•Warna hijau gelap dikaitakan dengan sifat cemburu,terlalumengambil berathal orang lain menjadikan orang selalu mengharap pertolongannya.
Kuning
Warna keceriaan seperti cahaya matahari.
•Boleh membangkitkan rasa gembira.
•Dikaitkan dengan daya pemikiran yang baik, optimistik, bijak berkomunikasi, tinggi daya intelek, keyakinan, suka kepada kebebasan, aktif, pandai memujuk, tidak mementingkan diri sendiri, boleh dipercayai, berfikiran terbuka.
•Personaliti kuningboleh menjadi ketua yang baik.Mereka membuat pertimbangan yang sebaik mungkin sebelum membuat keputusan.
•‘Very businessminded’dan selalu ingin dipandang sebagai orang yang berilmu.
•Dikatakan mempunyai lingkungan rakan yang kecil yang sama sifat dengan mereka tetapi tidak begitu bergantung pada orang lain kerana lebih yakin pada diri sendiri.
•Ingin selalu kelihatan kemas dan berketrampilantinggi.
•Kurang penyabar dan boleh menjadi terlalu emosional.
•Kajian saintifik mencadangkan warna ini tidak sesuai untuk bilikbayi kerana boleh menyebabkannya kuat menangis dan cepatmarah
Oren
Warna yang dikaitkan dengan kegembiraan, kreativiti, keyakinan, kesukanan, gemar kepada aktiviti sosial, alam kanak-kanak.
•Penggunaan warna oren dapat membantu mengurangkan perasaan rendah diri, kasihan pada diri sendiri, mengurangkan kedukaan dan sifat enggan memaafkan.
•Oren juga dapat membantu merangsang fikiran; meningkatkan minat dalam kehidupan; menguatkan semangat; daya tumpuan; keyakinan dan boleh menjadi membantu mengawal kemurungan.
•Personaliti ini boleh menjadi sahabat /pasangan yang baik / menarik, dan suka menolong.
•Elakkan berada dalam ruangan oren untuk berehat, ketika kerisauan atau kebimbangan
Merah
Merah merupakan warna yang kuat (powerful colour)
•Sering dikaitkan keutuhan, kekuatan, cita-cita, kuasa, kawalan, tenaga fizikal, asertif, kepimpinan, keinginan seks, stimulasi, kegembiraan, semangat seperti letupan gunung berapi.
•Mempunyai daya penggoda; ahli perniagaan yang menunjukkan kuasa , selalu memikirkan tentang keuntungan, inginkan perhatian; menunjukkan keyakinan, berusaha mencari jawapan kepada apa yang tidak difahami, ingin laksanakan sesuatu pekerjaan dengan cepat, berupaya menjadikan orang lain bertenaga dan kuat.
•Boleh menjadi ketua yang baik dan jika menjadi pengikut, membuat kerja yang diarahkan
•Tetapi ada kaitan dengan kemarahan –jika terlalu banyak merah boleh menyebabkan rasa tidak sabar, tidak selesa, mudah terganggu perasaan. Jangan pakai baju merah jika anda rasa kecewa dan akan bertemu dengan individu yang anda benci
haaa,2 la die antara warne2 yg menjdi top 1o kot..diminati oleh insan seluruh alam..hee...ouhh,ye ade tambahan yer..warna nie perlambangan bagi perkahwinan yer..yeayyy...xde pn ckp yg wrne pink menunjukkan keghairahan..huk3...kalau warna kelabu plk org yg rajin,suke membantu & melancong..
oke then....i think dats all...tyme for me to sleep ...wif my dear hamster..okep..
gud nyte..have a nice sleep...next tyme i'll update my post more about womens..sorry guys..later,ill update about guys too..=)
No comments:
Post a Comment